Ahad, 22 Februari 2009

SEJARAH HIDUP HJ. KULOP ISMAIL BIN HJ. IDRIS.

Allahyarham telah dilahirkan pada tahun 1895 di Kampong Lambor Kiri. Anak sulong dari lima beradik. Bapa Allahyarham Hj Idris bin Panjang Ogek bin Kanda Aman. Bapa allahyarham adalah perternak kerbau dan membuat kerja kampong. Allahyarham mempunyai 14 orang cahaya mata hari dari pekhawinan 4 orang ( berkahwin secara berperingkat dan mereka tidak bermadu). Allahyarham telah kembali keramatullah pada pagi Jummat pada 25 Disember 1980, iaitu berumor 85 tahun.

Sejarah hidup Allahyarham Hj. Kulop Ismail bin Hj. idris. Telah ditulis oleh allahyarharam sendiri pada hari Selasa selesai jam 6.30 petang pada 10 Mac 1964 bersamaan dengan 26 Jamadil Akhir 1383. Berikutan ini adalah catatan nya:

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Pujian kepada Allah SWT yang mengusasi alam ini dan selawat keatas Junjungan Nabi SAW.

Ini adalah riwayat saya hidup Hj. Kulop Ismail bin Hj. Idris.

Adalah pada zaman dulu kala Sekolah Melayu (Kebangsaan) tiada lagi di Lambor Kiri ini. , tetapi di Lambor Kanan telah ada dengan sebab itu saya pergi mengaji ke Lambor Kanan.

Sehingga saya mengaji didalam Darjah 5, apabila Pepereksaan Besar diakhir tahun 1910 didapati saya tidak berjaya.

Kemudiansaya berpindah mengaji ke Sekolah Melayu Lambor Kiri dalam Darjah V (5) juga. Saya pun dudok di rumah Sekolah bersama –sama dengan Guru Besar namanya Kacil. Belajar padanya siang dan malam tidak kembali (kerumah). Hingga akhir tahun 1911 saya terkena Peperiksaan Besar dengan kehendak Allah Taala saya pun telah lulus serta mendapat Certificate Darjah V itu.

Dalam tahun 1912 hingga tahun 1915 saya membuat perkerjaan sendiri. Adakala berniaga dan adakala menjadi kuli penoreh getah ( di estate Jalan Kuala Kangsa , Ipoh) dan bermacam perkerjaan saya .

Pada 1 April tahun 1916 saya menjadi guru penolong Sekolah Melayu Lambor Kanan dengan gajinya enam ringgit ( $6.00) pada sebulan.

Pada 6 September tahun 1916 menerima hukum ( peritah/tawaran) dari Guru Pelawat Kuala Kangsar saya pergi belajar di Malay Tranning College Matang, Taiping.

Pada 7 Septermber 1916 itu saya pergi ke Kuala Kangsar berjumpa dengan Guru Pelawat itu, nama nya En. Baharuddin serta membuat pengenkuaan dengan dua orang penjamin ia itu. (1) En. Mohamad Jaabar-Penghulu Lambor Kiri. (2) En. Ngah Mohamad Selah bin Ngah .

Pada 8 September tahun 1916 saya pergi keTaiping berjumpa dengan Kepala Guru Pelawat Perak nama nya En. Itam Sengah pada hari itu juga saya pergi ke Matang berjumpa denga Guru Besar Malay Tranning College itu. Ia orang Inggeris nama nya Mr. Kalle. Dipanggil orang Tuan Kalle. Lalu saya menyerahkan surat dari Guru Pelawat Kuala Kangsar dan Kepala Guru Pelawat Perak kepada nya.

Pada 9 September tahun 1916 saya pun masuk kelas pelajaran. Pada masa itu hati saya terlalu susahnya., sebab tidak pengetahuan maklumlah sudah hampir empat tahun meninggalkan pelajaran daripada sekolah. Maka dengan kurnia Allah Taala saya saya telah taat dan tekunnya dalam pelajaran baru itu.

Pada akhir tahun 1918 Peperiksaan Besar pun telah diadakan dan dengan kehendak Allah Taala saya telah telah mendapat bermacam –macam hadiah dari permainan dan hadiah dari pelajaran dalam kelas. Serta saya telah lulus didalam peperekasaan itu mendapat Kelas KeDua (II). Terutama pasal Tawarikh adanya.

Pada 6 Jun tahun 1918 saya kembali ke kampong dari Malay Tranning College.

Pada 16 Jun tahun 1918 saya mengajar jadi guru penolong Sekolah Melayu Pekan Parit dengan gajinya pada sebulan sebanyak $22.50 sen.

Pada 2 September tahun 1918 saya bertukar ke Layang-Layang Kanan guru penolong juga dengan mendapat gaji pada sebulan sebanayk $23.75 sen.

Pada 1 Februri tahun 1920 saya bertukar ke Sekolah Melayu Melayu Taiping jadi guru penolong juga dengan gaji sebulan $30.80 sen.

Pada 1 Mac tahun 1920 saya bertukar ke Teluk Kepayang menjadi guru Besar sekolah itu dengan gaji pada sebulan $42.00 sen
Pada 1 Januari tahun 1923 saya bertukar ke Sekolah Melayu Lambor Kiri menjadi Guru Besar Sekolah itu dengan mendapat gaji pada sebulan kelas II A $50.00 sen.

Pada 1 Jun tahun 1938 ada di Lambor Kiri mendapat kelas I A $75.00 sen.

Pada 1 Januari tahun 1943 di Lambor Kiri juga dengan gaji $100.00 sen

Pada 1 Januari tahun 1946 di Lambor Kiri juga dengan gaji $200.00 sen

Pada 1 Januari tahun 1955 di Lambor Kiri juga dengan gaji $366.00 sen

Pada 1 Februri tahun 1955 saya cuti bersara tamat.

Saya pergi ke Mekah kerana menuanikan Rukun Islam ke Ke Lima (Haji) dengan menaiki Kapal Ansson dudok kabin kelas A dengan tamabang nya $1,000.00.

Saya bertolak dari rumah pada hari pada hari Jumaat jam 8.30 pagi 27 Mei 1955 bersamaan 5 Shawal 1373.

Saya kembali dari Mekah sampai ke rumah pada hari Jumaat jam 6.30 petang 19 Ogos 1955 bersamaan I Muharam 1375 sekelian halnya.

Tulis pada hari Selasa selesai jam 6.30 petang pada 10 Mac 1964 bersamaan dengan 26 Jamadil akhir 1383.

Yang benar.
T.T
10.3.1964 (Meshi)26.10.1383(Hijarah).

Allahyarham telah dilahirkan pada tahun 1895 di Kampong Lambor Kiri. Anak sulong dari lima beradik. Bapa Allahyarham Hj Idis bin Panjang Ogek bin Kanda Aman. Bapa allahyarham adalah peternak kerbau dan membuat kerja kampong. Allahyarham mempunyai 14 orang cahaya mata hari dari pekhawinan 4 orang ( berkahwin secara berperingkat dan mereka tidak bermadu). Allahyarham telah kembali keramatullah pada pagi Jummat pada 25 Disember 1980, iaitu berumor 85 tahun.

Sejarah hidup Allahyarham Hj. Kulop Ismail bin Hj. idris. Telah ditulis oleh allayarharam sendiri pada hari Selasa selesai jam 6.30 petang pada 10 Mac 1964 bersamaan dengan 26 Jamadil akhir 1383. Berikutan ini adalah catatan nya:

Dengan Nama Alah yang Maha Pemurah dan Maha Penyasayang.

Pujiana kepada Allah yang mengusasi alam ini dan selawat keatas Junjungan Nabi SAW.

Ini adalah riwayat saya hidup Hj. Kulop Ismail bin Hj. Idris.

Adalah pada zaman dulu kala Sekolah Melayu (Kebangsaan) tiada lagi di Lambor Kiri ini. , tetapi di Lambor Kanan telah ada dengan sebab itu saya pergi mengaji ke Lambor Kanan.

Sehingga saya mengaji didalam Darjah 5, apabila Pepereksaan Besar diakhir tahun 1910 didapati saya tidak berjaya.

Kemudiansaya berpindah mengaji ke Sekolah Melayu Lambor Kiri dalam Darjah V (5) juga. Saya pun dudok di rumah Sekolah bersama –sama dengan Guru Besar namanya Kacil. Belajar padanya siang dan malam tidak kembali (kerumah). Hingga akhir tahun 1911 saya terkena Peperiksaan Besar dengan kehendak Allah Taala saya pun telah lulus serta mendapat Certificate Darjah V itu.

Dalam tahun 1912 hingga tahun 1915 saya membuat perkerjaan sendiri. Adakala berniaga dan adakala menjadi kuli penoreh getah ( di estate Jalan Kuala Kangsa , Ipoh) dan bermacam perkerjaan saya .

Pada 1 April tahun 1916 saya menjadi guru penolong Sekolah Melayu Lambor Kanan dengan gajinya enam ringgit ( $6.00) pada sebulan.

Pada 6 September tahun 1916 menerima hukum ( peritah/tawaran) dari Guru Pelawat Kuala Kangsar saya pergi belajar di Malay Tranning College Matang, Taiping.

Pada 7 Septermber 1916 itu saya pergi ke Kuala Kangsar berjumpa dengan Guru Pelawat itu, nama nya En. Baharuddin serta membuat pengenkuaan dengan dua orang penjamin ia itu. (1) En. Mohamad Jaabar-Penghulu Lambor Kiri. (2) En. Ngah Mohamad Selah bin Ngah .

Pada 8 September tahun 1916 saya pergi keTaiping berjumpa dengan Kepala Guru Pelawat Perak nama nya En. Itam Sengah pada hari itu juga saya pergi ke Matang berjumpa denga Guru Besar Malay Tranning College itu. Ia orang Inggeris nama nya Mr. Kalle. Dipanggil orang Tuan Kalle. Lalu saya menyerahkan surat dari Guru Pelawat Kuala Kangsar dan Kepala Guru Pelawat Perak kepada nya.

Pada 9 September tahun 1916 saya pun masuk kelas pelajaran. Pada masa itu hati saya terlalu susahnya., sebab tidak pengetahuan maklumlah sudah hampir empat tahun meninggalkan pelajaran daripada sekolah. Maka dengan kurnia Allah Taala saya saya telah taat dan tekunnya dalam pelajaran baru itu.

Pada akhir tahun 1918 Peperiksaan Besar pun telah diadakan dan dengan kehendak Allah Taala saya telah telah mendapat bermacam –macam hadiah dari permainan dan hadiah dari pelajaran dalam kelas. Serta saya telah lulus didalam peperekasaan itu mendapat Kelas KeDua (II). Terutama pasal Tawarikh adanya.

Pada 6 Jun tahun 1981 saya kembali ke kampong dari Malay Tranning College.

Pada 16 Jun tahun 1918 saya mengajar jadi guru penolong Sekolah Melayu Pekan Parit dengan gajinya pada sebulan sebanyak $22.50 sen.

Pada 2 September tahun 1918 saya bertukar ke Layang-Layang Kanan guru penolong juga dengan mendapat gaji pada sebulan sebanayk $23.75 sen.

Pada 1 Februri tahun 1920 saya bertukar ke Sekolah Melayu Melayu Taiping jadi guru penolong juga dengan gaji sebulan $30.80 sen.

Pada 1 Mac tahun 1920 saya bertukar ke Teluk Kepayang menjadi guru Besar sekolah itu dengan gaji pada sebulan $42.00 sen
Pada 1 Januari tahun 1923 saya bertukar ke Sekolah Melayu Lambor Kiri menjadi Guru Besar Sekolah itu dengan mendapat gaji pada sebulan kelas II A $50.00 sen.

Pada 1 Jun tahun 1938 ada di Lambor Kiri mendapat kelas I A $75.00 sen.

Pada 1 Januari tahun 1943 di Lambor Kiri juga dengan gaji $100.00 sen

Pada 1 Januari tahun 1946 di Lambor Kiri juga dengan gaji $200.00 sen

Pada 1 Januari tahun 1955 di Lambor Kiri juga dengan gaji $366.00 sen

Pada 1 Februri tahun 1955 saya cuti bersara tamat.

Saya pergi ke Mekah kerana menuanikan Rukun Islam ke Ke Lima (Haji) dengan menaiki Kapal Ansson dudok kabin kelas A dengan tamabng nya $1,000.00.

Saya bertolak dari rumah pada hari pada hari Jumaat jam 8.30 pagi 27 Mei 1955 bersamaan 5 Shawal 1373.

Saya kembali dari Mekah sampai ke rumah pada hari Jumaat jam 6.30 petang 19 Ogos 1955 bersamaan I Muharam 1375 sekelian halnya.

Tulis pada hari Selasa selesai jam 6.30 petang pada 10 Mac 1964 bersamaan dengan 26 Jamadil akhir 1383.

Yang benar.
T.T
10.3.1964 (Meshi) bersamaan 26.10.1383(Hijarah)

1 ulasan:

  1. JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.

    SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI,
    SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.

    AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
    ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.

    ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI,
    SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.

    SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
    ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)

    RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI,
    SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.

    KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,
    ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.

    BalasPadam